Hari ini, dalam kelas Pembangunan Diri, saya telah menyaksikan pembentangan rakan-rakan saya tentang bekas Perdana Menteri negara kita, Tun.Doktor Mahathir.
Pembentangan mereka amat menarik dan mereka telah menyampaikan segala sifat-sifat pemimpin Tun Doktor Mahathir kepada semua pendengar. Selepas mendengar pembentangan mereka, saya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam terhadap beliau.
Doktor Mahathir menunjukkan sifat kepimpinannya semasa beliau menjadi Perdana Menteri kita (tahun 1981 - 2003). Beliau berjaya memajukan negara kita dari negara pertanian ke negara perindustrian. Saya sangat menyanjungi beliau yang telah mendatangkan banyak faedah kepada negara kita.
Chris's UKM fun life
Monday, December 5, 2011
Saturday, December 3, 2011
Komputeran Industri
Pada 7th September 2011, saya telah menjejak kaki ke UKM untuk memulakan kehidupan universiti saya.
Fakulti saya ialah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat atau lebih dikenali sebagai FTSM. Fakulti saya mempunyai 4 kursus pengajian utama iaitu: Sains Komputer (TK), Pengurusan Sistem dan Maklumat (TS), Komputeran Industri (TR) dan juga Pengajian Multimedia (TH). Program yang ditawarkan kepada saya ialah Komputeran Industri.
Pada semester pertama, keempat-empat program tersebut mempelajari mata pelajaran yang sama iaitu Discrete Mathematics, C++ Programming, Pengenalan kepada IT dan juga Statistik. Saya menghadapi masalah dalam Programming kerana ini adalah kali pertama saya mengenali pengaturcaraan dan terdapat banyak benda baru yang tidak pernah saya jumpai sebelum ini.
Saya mempunyai seramai 50 orang rakan baru dalam kursus saya. Mereka berasal dari berbagai-bagai tempat di Malaysia. Mereka amat peramah dan sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang menghadapi masalah.
Saya berasa amat bertuah kerana boleh menuntut pelajaran di UKM dan juga berkenalan dengan rakan-rakan baru.

Pengenalan Diri
Hi, rakan-rakan sekalian! Selamat datang ke blog saya^^ Ini merupakan blog pertama saya dan harap-harap kamu semua dapat menyokong blog saya ini dengan memberi komen dan juga mengunjunginya setiap hari.
Nama penuh saya Chee Chin Seng, namun kamu boleh gelar saya sebagai Chris untuk lebih senang diingati. Saya berasal dari negeri Pulau Pinang. Ahli keluarga saya terdiri daripada ibu bapa, 2 orang kakak dan 1 abang. Saya merupakan anak bongsu ibu bapa saya.
Saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kelulusan STPM. Mata pelajaran yang saya ambil ketika di Tingkatan enam adalah aliran sains - fizik. Kursus yang ditawarkan oleh UKM untuk saya adalah Komputeran Industri. Ini merupakan pilihan pertama saya dan saya berasa sangat gembira dan teruja kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti seperti adik-beradik saya. Saya amat berminat dalam bidang IT dan saya berharap bahawa saya dapat mempelajari berbagai-bagai pengetahuan tentang IT.

Subscribe to:
Posts (Atom)