Saturday, December 3, 2011

Komputeran Industri

Pada 7th September 2011, saya telah menjejak kaki ke UKM untuk memulakan kehidupan universiti saya.

Fakulti saya ialah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat atau lebih dikenali sebagai FTSM. Fakulti saya mempunyai 4 kursus pengajian utama iaitu: Sains Komputer (TK), Pengurusan Sistem dan Maklumat (TS), Komputeran Industri (TR) dan juga Pengajian Multimedia (TH). Program yang ditawarkan kepada saya ialah Komputeran Industri.

Pada semester pertama, keempat-empat program tersebut mempelajari mata pelajaran yang sama iaitu Discrete Mathematics, C++ Programming, Pengenalan kepada IT dan juga Statistik. Saya menghadapi masalah dalam Programming kerana ini adalah kali pertama saya mengenali pengaturcaraan dan terdapat banyak benda baru yang tidak pernah saya jumpai sebelum ini.

Saya mempunyai seramai 50 orang rakan baru dalam kursus saya. Mereka berasal dari berbagai-bagai tempat di Malaysia. Mereka amat peramah dan sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang menghadapi masalah.

Saya berasa amat bertuah kerana boleh menuntut pelajaran di UKM dan juga berkenalan dengan rakan-rakan baru.

No comments:

Post a Comment